Skip to main
Logo Malaysiakini

Lagi 1,918 kes baru Covid-19, korban meningkat 8

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini kini berjumlah 4,575,809 orang selepas 1,918 lagi kes baru dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Kes yang aktif pula kini sebanyak 29,382, atau meningkat 12.4 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Berikut ialah pecahan kes baru mengikut negeri:

WP Kuala Lumpur: 662
Selangor: 482
Perak: 153
Sabah: 119
Negeri Sembilan: 103
Johor: 89
Pulau Pinang: 77
Kedah: 48
Melaka: 44
WP Putrajaya: 38
Pahang: 27
Sarawak: 25
Kelantan: 20
Terengganu: 20
WP Labuan: 6
Perlis: 5

Sementara itu KKM juga merekodkan lapan lagi kematian baru semalam namun tiada kes melibatkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke pusat rawatan.

Lima daripada mangsa terbabit meninggal dunia di Pulau Pinang, manakala dua lagi di Johor. Baki seorang mangsa meninggal dunia di Kedah.

Sejak minggu lalu, secara purata 4.3 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula ialah sebanyak 3.3 dan ia menunjukkan trend menaik.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,784 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,172 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dengan 44 daripadanya sedang mendapatkan rawatan rapi.