Bila DAP tengok Mat Kilau...
Menghabiskan masa dengan bayi empat bulannya, Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii tidak sempat lagi ke panggung wayang, tidak seperti rakan-rakan seperjuangannya yang menganjurkan sesi untuk filem Mat Kilau.
Di sebalik kritikan terhadap pemaparan watak bukan Melayu dalam filem itu, Yii berkata dia percaya pemimpin DAP hanya mahu mempromosikan karya tempatan yang terinspirasi daripada sejarah.
“Ramai pemimpin DAP tayang secara percuma di kawasan masing-masing
“Kami mahu mempromosikan filem tempatan,” kata Yii dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.
“Saya tidak tahu terperinci tentang filem ini, tolong jangan spoil,” katanya berseloroh.
Filem itu berlatarkan tahun 1892 semasa pentadbiran penjajah British di Pahang, tiga tahun sebelum pembentukan negeri-negeri Melayu bersekutu.
Setakat semalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat rekod dengan kutipan sebanyak RM53 juta dalam tempoh 13 hari tayangan.
Bagaimanapun, terdapat keresahan di kalangan sesetengah masyarakat bukan Melayu apabila terdapat watak Cina digambarkan sebagai pengkhiat yang bekerjasama dengan British.
Seorang anggota parlimen DAP Teo Nie Ching antara yang mendapat tempias kerana menganjurkan tayangan filem itu dan hadir menontonnya bersama-sama.
Ditanya pandangan tentang perkara ini, Yii sekali lagi mengingatkan bahawa dia belum menontonnya.
“Saya tidak gaham sentimen itu. Tetapi saya rasa anggota parlimen DAP, niat kami untuk promosikan filem tempatan.
“Untuk sebarang filem sejarah atau filem apa-apa pun, kita harus melihat bukan hanya dari sudut pandang satu bangsa saja.
“Sebagai contoh, ada penghianat dari kalangan orang Melayu, Cina dan India? Ada.
“Ada pejuang kemerdekaan dari kalangan kumpulan ini? Ya, ada juga. Perjuangan untuk kemerdekaan bukan hanya perjuangan satu bangsa, tapi semua.
“Isunya bukan tentang kaum tetapi masalah yang dihadapi,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai