Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 2,799 kes baru, lapan kes kematian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 2,799 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,592,710.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 35,323, naik 25.5 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (910)

  • Kuala Lumpur (668)

  • Perak (245)

  • Negeri Sembilan (196)

  • Sabah (192)

  • Pulau Pinang (147)

  • Melaka (93)

  • Johor (80)

  • Putrajaya (80)

  • Kedah (58)

  • Sarawak (46)

  • Pahang (41)

  • Kelantan (17)

  • Terengganu (9)

  • Labuan (9)

  • Perlis (8)

Sebanyak lapan kematian dilaporkan. Sejak minggu lalu, purata 5.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 3.4, yang menunjukkan peningkatan.

Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,809 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Negeri-negeri yang mencatatkan kematian semalam adalah Selangor (3), Melaka (2), Kedah (1), Perak (1) dan Sabah (1) .

Sebanyak 1,156 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 41 daripada mereka ditempat di unit rawatan rapi.