Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19 (11 Julai): 3,264 kes baru, 70 peratus di lembah Kelang

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 3,264 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974.

Jumlah kes aktif pula adadalah sebanyak 35,882, naik 27.8 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes tertinggi terus dicatatkan di sekitar lembah Kelang yang menyaksikan hampir 70 peratus kes baru dengan Selangor 1,326 kes. Kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,326)

  • Kuala Lumpur (847)

  • Perak (230)

  • Sabah (208)

  • Pulau Pinang (144)

  • Negeri Sembilan (131)

  • Putrajaya (84)

  • Johor (75)

  • Melaka (62)

  • Sarawak (47)

  • Pahang (38)

  • Kedah (37)

  • Kelantan (14)

  • Terengganu (12)

  • Labuan (5)

  • Perlis (4)

Sebanyak dua lagi kematian dilaporkan, semalam. Sejak minggu lalu, purata lima orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 3.4, yang menunjukkan trend peningkatan.

Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,811 kematian akibat Covid-19 direkodkan. Dua kematian semalam adalah dicatatkan masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Sebanyak 1,156 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 43daripada mereka sedang mendapat rawatan rapi.