Skip to main
Logo Malaysiakini

Apandi Ali letak jawatan sebagai pengerusi Metronic Global 

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Metronic Global Berhad.

Dalam pengumuman di Bursa Malaysia semalam, dia memberikan alasan komitmen peribadi.

Sementara itu, dalam pengumuman dua hari sebelum itu, Timbalan Pengerusi Metronic Global Tan Choon Hwa juga meletakkan jawatan. 

Dia bagaimanapun mengosongkan tempat itu kerana akan menjawat tugas baru sebagai penasihat syarikat.

Perkembangan itu berlaku ketika Metronic Global memeterai dua perjanjian pembelian kuasa di Kedah dengan jumlah nilai kontrak RM50 juta dengan jumlah kapasiti 4,121 kWp untuk tempoh 25 tahun.

Perjanjian itu dimaterai menerusi Sinaran PPA Sdn Bhd, syarikat usaha sama dengan Earthtech Sdn Bhd.

Rancangan Metronic untuk menceburi perniagaan tenaga suria adalah berdasarkan pandangan dan prospek menggalakkan untuk industri PV solar di Malaysia.