Skip to main
Logo Malaysiakini

Malaysia kekal di 'Tier 3' laporan pemerdagangan manusia AS

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun Jabatan Negara Amerika Syarikat menilai usaha menghapuskan aktiviti pemerdagangan manusia, Malaysia kekal di peringkat terendah, untuk dua tahun berturut-turut.

Malaysia, yang merupakan ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kekal di ‘Tier 3’ dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2022.

Malaysia juga berkongsi kegagalan memenuhi piawaian minimum mulai 2021, bersama-sama dengan 10 negara lain di dunia, termasuk jirannya di Asia Timur dan rantau Pasifik , China dan Myanmar.

Laporan Julai 2022 itu menyatakan bahawa: “Kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk penghapusan pemerdagangan orang dan tidak melakukan usaha yang ketara untuk berbuat demikian.”

Laporan Pemerdagangan Manusia 2022 telah menyenaraikan 15 pengesyoran yang diutamakan kepada kerajaan, yang kesemuanya adalah pengulangan daripada laporan terdahulu.

Antaranya ialah saranan mengambil langkah menghapuskan pengambilan atau bayaran penempatan yang dikenakan kepada pekerja asing.

Selain daripada pengumuman kerajaan yang mengancam tindakan terhadap majikan yang terus meletakkan beban menanggung bayaran pengambilan pekerja, Malaysiakini mengetahui minggu lalu bahawa tiada undang-undang untuk menguatkuasakan perkara ini.

Sumber kerajaan mengesahkan bahawa tiada undang-undang, dasar, malah arahan, untuk menguatkuasakan sifar kos pengambilan pekerja asing sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk menangani ikatan hutang, eksploitasi dan kerja paksa.

[Baca berita penuh]