Negeri lain wajar ikut Kedah, S'gor naikkan umur kahwin - Unicef
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mengakui Kedah telah mengambil langkah tepat menaikkan umur sah untuk berkahwin untuk orang Islam dari 16 ke 18 tahun melalui pindaan terhadap Enakmen Keluarga Islam negeri.
Bagaimanapun, Unicef berkata banyak lagi yang perlu dilakukan demi menjaga hak kanak-kanak perempuan.
"Memandangkan Kedah menyertai Selangor dalam perundangan penting untuk kanak-kanak perempuan ini, Unicef menggesa negeri-negeri lain untuk menaikkan umur minimum perkahwinan mereka juga.
"Pindaan itu, walaupun langkah pertama yang penting, masih membenarkan gadis Islam di bawah umur 18 tahun untuk berkahwin dengan kebenaran mahkamah Syariah dan ketua menteri," kata badan PBB itu pada satu kenyataan semalam.
Oleh itu, Unicef menyeru larangan menyeluruh terhadap perkahwinan kanak-kanak.
"Selaras dengan saranan Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak, kami memperjuangkan umur minimum perkahwinan ialah 18 tahun dengan atau tanpa kebenaran ibu bapa dan tanpa pengecualian," katanya.
Kata Unicef, perkahwinan kanak-kanak mengurangkan masa zaman kanak-kanak.
"Mereka yang berkahwin sebagai kanak-kanak sering berhenti sekolah, meletakkan mereka untuk seumur hidup dengan prospek ekonomi yang terhad.
"Kehamilan awal dan melahirkan anak membawa risiko kesihatan yang serius. Dan keganasan rumah tangga dan eksploitasi seksual lebih berkemungkinan terjadi dalam perkahwinan kanak-kanak," jelasnya.
"Memandangkan Kedah menyertai negeri Selangor mengenai undang-undang penting untuk kanak-kanak perempuan ini, Unicef menggesa negeri-negeri lain supaya menaikkan umur minimum perkahwinan mereka juga."
“Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1,500 kanak-kanak masih berkahwin setiap tahun,” kata Unicef.
Ia menambah usaha menangani perkahwinan kanak-kanak memerlukan sokongan ibu bapa, guru, orang muda, pembuat dasar, penggubal undang-undang, serta pemimpin agama dan masyarakat.
Kedah naikkan hukuman poligami tanpa kebenaran
Unicef menggalakkan Putrajaya menyediakan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan sepenuhnya Pelan Strategik Negara dalam Mengendalikan Punca Perkahwinan Kanak-Kanak 2020-2025, seperti yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Ini bertujuan meletakkan rangka kerja untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak dengan menangani pendapatan isi rumah yang rendah dan kemiskinan, kekurangan akses kepada maklumat dan perkhidmatan kesihatan reproduktif seksual, kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran di sekolah yang lemah, norma sosial, jurang dalam rangka kerja undang-undang serta data perkahwinan kanak-kanak.
"Selain itu, kekurangan akses kepada perkhidmatan asas termasuk pendidikan meningkatkan risiko perkahwinan kanak-kanak dalam kalangan kanak-kanak migran dan pelarian, dan Unicef menggesa penyertaan semua kanak-kanak dalam program dan tindakan dasar untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak," katanya.
Kedah menjadi negeri kedua selepas Selangor meluluskan pindaan enakmen untuk menaikkan umur perkahwinan bagi wanita daripada 16 kepada 18 tahun.
Kedah juga menaikkan hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah kepada penjara setahun atau denda RM3,000, berbanding penjara enam bulan atau denda RM1,000 sebelum ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai