Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 3,300 kes baru, sembilan kematian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,300 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif kini berjumlah 46,316, meningkat 29.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (1,060)

Selangor (943)

Perak (210)

Sabah (203)

Pulau Pinang (172)

Kedah (145)

Johor (109)

Negeri Sembilan (105)

Melaka (102)

Putrajaya (77)

Kelantan (55)

Sarawak (36)

Pahang (35)

Terengganu (35)

Labuan (7)

Perlis (6)

Sembilan lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana tiga daripadanya berlaku di luar hospital (BID).

Sebanyak dua kematian dilaporkan di Johor diikuti Perak (2), Selangor (2), Sabah (1), Terengganu (1), dan Putrajaya (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 6 orang meninggal dunnia dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan kenaikan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,923 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 158 ​​kematian dilaporkan pada bulan ini berbanding 89 kematian pada bulan lepas dan 129 kematian pada Mei.

Seramai 1,512 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 51 daripadanya kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (144), diikuti Johor (96), dan Sabah (74).