Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Kes baru lonjak ke 4,759, 80 peratus di lembah Klang

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penularan kes Covid-19 di negara ini semakin menungkat dengan sebanyak 4,759 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,659,710.

Jumlah kes aktif pula adalagsebanyak 46,260, melonjak 25.5 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Daripada jumlah berkenaan 80 peratus penularan dilaporkan di lembag Klang dengan Kuala Lumpur mendahului wilayah dan negeri-negeri lain.

Jumlah kes baru itu adalah seperti berikut:

  • Kuala Lumpur (1,840)

  • Selangor (1,447)

  • Perak (223)

  • Pulau Pinang (211)

  • Sabah (209)

  • Negeri Sembilan (170)

  • Kedah (130)

  • Melaka (103)

  • Sarawak (95)

  • Johor (74)

  • Kelantan (73)

  • Putrajaya (59)

  • Pahang (47)

  • Terengganu (37)

  • Labuan (27)

  • Perlis (14)

Sebanyak sembilan lagi kematian dilaporkan, dengan tiga kes mati ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital.

Sejak minggu lalu, purata 8.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 6.2, iaitu menunjukkan trend peningkatan.

Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,932 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Negeri-negeri yang mencatatakan kes kematian semalam adalah Perak (2), dan masing-masing satu di Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,477 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 52 daripada mereka berada di unit rawatan rapi.