Denda sehingga RM5,000 untuk individu muda beli produk merokok
PARLIMEN l Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022, yang bertujuan mengharamkan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya dibentangkan hari ini.
Mana-mana individu lahir pada atau selepasa tarikh tersebut yang membeli produk sedemikian boleh didenda sehingga RM5,000.
Walau bagaimanapun, penekanan yang lebih besar kepada rang undang-undang itu diberikan ke atas peruncit dan pengilang.
Rang undang-undang itu juga mencadangkan bahawa mana-mana individu atau organisasi yang mengimport, mengilang dan mengedar produk tembakau, bahan rokok dan produk gantian tembakau tanpa lesen turut akan dihukum.
Sebarang pengiklanan produk tembakau dan produk yang berkaitan juga menjadi satu kesalahan mengikut rang undang-undang itu, termasuk sebarang bahan yang boleh mendorong, mencadangkan atau menggalakkan penggunaan produk tembakau.
Pesalah individu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM30,000, atau kedua-duanya sekali.
Hukuman lebih berat dicadangkan untuk organisasi korporat dengan mereka boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun, atau denda antara RM20,000 dan RM100,000, atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang pula akan berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda antara RM50,000 dan RM300,000, atau kedua-duanya sekali.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai