Skip to main
Logo Malaysiakini

Azalina bimbang jika k’jaan negeri enggan terima pakai RUU antilompat parti

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) melahirkan kebimbanganya sekiranya ada negeri-negeri yang tidak mahu mengikut pindaan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Lompat Parti yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

“Ketakutan saya ialah peringkat negeri-negeri, kerana saya melihat bahawa kita tidak boleh memaksa negeri-negeri, tetapi saya harap ahli parlimen dari blok sebelah sana yang ada memegang negeri, di Selangor, Pulau Pinang, wajibkan negeri-negeri itu melaksanakan undang-undang ini ” katanya semasa membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 pada peringkat dasar hari ini.

“Kalau tidak, seolah-olah pusat tak ada ‘katak’, negeri pula banyak ‘katak, dan kerajaan bertukar-tukar. Itu tidak begitu adil,” katanya.

Dia berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai antilompat parti membuat keputusan untuk menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Azalina menjawab soalan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta kerajaan negeri mematuhi undang-undang yang diluluskan di Parlimen memandangkan perundangan persekutuan mengatasi enakmen negeri.

“Kita ni rakyat yang beradab, kita tahu kerajaan yang dipilih oleh MB menpunyai sultan, yang akan beri pandangan mereka.

“Itu sebabnya jawatankuasa menggangap kita kena hormati, walaupun kita tahu undang-undang mengatasi,” katanya.

[Baca berita penuh]