Tunku Ismail: Pertemuan dengan saya tenang saja
Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Ibrahim berkata pertemuannya dengan pengkritik selama ini berlangsung tenang sahaja.
“Sebelum ni saya jumpa di kafe Jalan Dhoby (di Johor Bahru) relax (tenang) saja.
“Tanya @Marina_Ibrahims. Siapa sapa nak jumpa amat dialu-alukan, sila,” tulis baginda yang lebih dikenali sebagai TMJ.
Baginda mengulas tulisan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai daripada DAP Marina Ibrahim.
Marina dalam tweet sebelum itu berkata tidak pernah mana-mana pengkritik kena lempang apabila menghadap baginda.
“Tak pernah mana-mana pengkritik kena lempang bila jumpa Tunku.
“Kenapa kita nak ajar Tunku buat perkara yg salah disisi undang-undang?” katanya.
Mereka dipercayai mengulas keputusan peraka grafik kontroversi Fahmi Reza menolak undangan Tunku Ismail untuk bertemu dengannya.
Berkongi perbualannya di mesej langsung Twitter, Fahmi berkata tiada sentiasa menolak undangan elit politik, ketua kerajaan atau pihak pemerintah untuk mengelak dilihat cenderung kepada mana-mana pihak.
“Saya lebih senang kenal sebagai seorang aktivis independen. Harap kami faham kenapa saya tolak jemputan kamu.
“Kalau kita berjumpa, maca-macai akan label saya ‘barua TMJ’ lah pula nanti,” katanya yang menggunakan emoji ketawa.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ kerana mengarahkan pentadbir media sosialnya supaya tidak lagi menyekat (unblock) Twitternya.
Tunku Ismail turut berkongsi undangannya kepada Fahmi semalam.
Baginda juga menulis komen bahawa baginda suka bertemu dengan pihak yang menolak sistem beraja.
“Sorry. Harap kita dapat jumpa. Saya suka jumpa anti monarch ni semua. Interesting,” katanya yang meminta Marina mengaturkan pertemuan itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai