PRU15: Muda tubuh jawatankuasa pemilihan calon
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Calon bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan calon dan mengenal pasti mereka yang layak untuk diletakkan di kerusi yang bakal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dengan penubuhan jawatankuasa itu, kuasa memilih calon akan berada di tangan jawatankuasa, tidak lagi kuasa mutlak presiden seperti amalan lazim kebanyakan parti politik.
“Saya selaku presiden pun tidak pasti akan menjadi calon atau tidak kerana ia bergantung kepada jawatankuasa itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rakyat anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di Johor Bahru hari ini.
Menurutnya, Majlis Rakyat merupakan sesi demokrasi perundingan yang dilaksanakan melalui platform media sosial dan aktiviti turun padang iaitu suara rakyat akan dibukukan sebagai aspirasi Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abdul Aziz berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat seawal minggu depan bagi memulakan proses lantikan ahli yang akan menganggotai Jawatankuasa Pemilihan Calon berkenaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai