Skip to main
Logo Malaysiakini

Adun gesa k'jaan Melaka kekalkan nama Bukit St Paul

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Adun Kota Laksamana Low Chee Leong hari ini melahirkan kekecewaannya terhadap penamaan semula Bukit St Paul dalam Dewan Undangan Negeri Melaka minggu lepas.

Bukit itu akan dinamakan semula sebagai Bukit Melaka.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, Low berhujah bahawa kerajaan harus terbuka untuk mengekalkan nama sekarang.

Low (gambar, bawah) berkata bandar Melaka - bersama-sama dengan George Town, Pulau Pinang - diiktiraf sebagai bandar bersejarah Unesco pada 2008, menggambarkan Bukit St Paul sebagai "zon teras" Melaka.

“Pastinya sebelum mengiktirafnya sebagai Bandaraya Warisan Dunia, Unesco telah membuat kajian mendalam tentang sejarah dan budaya.

"Jika Bukit Melaka adalah nama asal Bukit St Paul, kenapa Unesco tidak mencadangkan kerajaan mengembalikan nama asal bukit ini," soalnya.

Adun DAP itu mengkritik keputusan kerajaan, mendakwa ia bermotifkan politik dan mengabaikan asal-usul sejarah nama bukit itu.

Low juga mendakwa pemimpin MCA telah bersikap hipokrit dalam mengendalikan isu ini.

“Pemimpin MCA pernah berjanji untuk mengumpul maklumat untuk dibawa ke perbincangan mesyuarat kerajaan tetapi sebenarnya isu itu tidak dapat diselesaikan dan menjadi realiti bahawa Bukit St Paul telah dinamakan semula sebagai Bukit Melaka,” katanya.

Isu itu hangat diperkatakan di DUN Melaka sejak awal tahun ini.

Pada bulan Mac, wakil pembangkang mendakwa kerajaan negeri cuba memadamkan sejarah Melaka dengan mencadangkan untuk menamakan semula bukit itu.

[Baca berita asal]