Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 3,213 kes baru, 8 lagi kematian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 3,213 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif kini adalah sebanyak 44,664, meningkat 3.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (1,006)

Selangor (865)

Sabah (241)

Perak (224)

Pulau Pinang (171)

Negeri Sembilan (153)

Kedah (130)

Johor (114)

Melaka (90)

Putrajaya (59)

Sarawak (52)

Kelantan (42)

Pahang (34)

Terengganu (23)

Perlis (6)

Labuan (3)

Lapan lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana dua daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Tiga kes kematian dilaporkan di Perak diikuti Johor (2), Kedah (1), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 7.7 orang meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 7 kematian berlaku dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan trend kenaikan.

Sebanyak 35,977 kematian direkodkan di seluruh negara sejak wabak ini melanda pada Mac 2020.

Pada masa ini seramai 1,510 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 54 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (102) diikuti Johor (85) dan Sabah (68).