Timbalan menteri perpaduan pula tolak Oktoberfest
PARLIMEN l Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempertahankan pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, yang berkata sambutan Bon Odori dan Oktoberfest tidak patut dibenarkan.
Katanya, tidak salah bagi menteri agama itu mengeluarkan pendapat sedemikian.
“Saya mungkin boleh jawab sebagai seorang Muslim, Rukun Negara kita ada satu fasal (iaitu) Kesopanan dan Kesusilaan. Sebarang perbezaan dari segi budaya dan agama, contohnya Bon Odori atau Oktoberfest yang sebenarnya bukan indigenous (asli) , bukan sebahagaian daripada budaya masyarakat kita asalnya
“Kalaupun ada perbezaan seperti dan menteri dah katakan pandangan beliau saya rasa kita perlu hormat pandangan masing-masing.
“Cumanya kita tidak guna undang-undang untuk sekat kebebasan mana-mana pihak untuk amalkan budaya mereka, jadi saya fikir tak ada salah menteri agama berkata begitu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang yang jaga authoriti agama," katanya hari ini.
Wan Fayhsal menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (Pakatan Harapan-Bagan), yang ingin tahu pendirian Kementerian Perpaduan Negara terhadap kenyataan Idris agar amalan orang bukan Islam seperti di Bon Odori dan Oktoberfest tidak diraikan.
Idris minggu lalu berkata Oktoberfest - pesta bir Jerman - tidak sepatutnya dibenarkan di Malaysia, dengan dalil bahawa semua pihak harus menghormati undang-undang Malaysia berdasarkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Dia berkata walaupun orang bukan Islam tidak dilarang meminum arak, menjadikan ia sebagai perayaan akan membawa kepada masalah sosial.
Idris juga menasihatkan umat Islam supaya tidak menghadiri perayaan Bon Odori Jepun di Malaysia, dengan mendakwa terdapat unsur-unsur yang tidak selari dengan Islam.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai