Skip to main
Logo Malaysiakini

Pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kota Bharu, cedera selepas tangki air di sekolah terbabit pecah dan jatuh ke laluan pejalan kaki, hari ini.

Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin berkata, kesemua pelajar yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut

"Selepas selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor, Ketereh, Kelantan.

"Dimaklumkan beberapa orang murid mengalami kecederaan akibat kejadian tangki air pecah yang menimpa laluan pejalan kaki di sekolah itu dan pelajar yang cedera sudah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di Faceebook.

Radzi berkata, pihaknya mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya melaksana kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah itu dalam kadar segera.

"Ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah itu sentiasa berada dalam baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

"Sama-sama kita doakan agar mereka yang terbabit dalam insiden ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala," katanya lagi.