Mahkamah tak benar kes Najib ditangguh ke 3 bulan lagi
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan terbaru bekas perdana Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran kes rayuan SRC International Sdn Bhd kepada tiga ke empat bulan lagi.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata semua pihak sudah sedia maklum bahawa pendengaran kes ditetapkan pada 15 hingga 26 Ogos.
Justeru, katanya, persediaan sepatutnya dibuat lebih awal.
Prosiding rayuan utama itu akan bersambung pada Khamis depan.
Peguam bela Hisyam Teh Poh Teik sebelum ini memohon pendengaran rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya, ditangguhkan selama tiga ke empat bulan.
Katanya ada hujah dan aspek undang-undang yang kuat yang berpihak kepada Najib dalam kes rasuah berjumlah RM42 juta itu.
Hisyam memohon perkata itu selepas hakim menolak permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam kes itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai