Pengasas DAP Chen Man Hin meninggal dunia
Pengasas DAP Dr Chen Man Him meninggal dunia di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan pagi ini.
Chen, 97, merupakan pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999. Susulan itu, dia dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.
Mendiang pertama kali menjadi ahli parlimen pada 1969 bagi kerusi Seremban Timor, dan kemudian sebagai ahli parlimen Seremban selama empat penggal.
Mendiang meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
Chen lahir di wilayah Guangdong, China pada 1924 dan membesar di Seremban.
Dia menamatkan pengajian di Kolej Perubatan King Edward VII Universiti Malaya di Singapura pada 1952. Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pula tamat pengajian di institusi sama setahun kemudian.
Selepas berkhidmat di hospital kerajaan, Chen menubuhkan klinik sendiri di Seremban, dikenali sebagai Chen Dispensary, yang masih beroperasi sehingga hari ini.
Mendiang pertama kali menjadi ahli parlimen pada 1969 bagi kerusi Seremban Timor, dan kemudian sebagai ahli parlimen Seremban selama empat penggal.
Sementara itu, Bernama memetik Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin yang mengesahkan kematian Dr Chen itu menerusi catatan Facebook hari ini.
"Pagi ini menerima khabar sedih, pemergian Dr Chen Man Hin, Pengerusi Kebangsaan pertama DAP. Perjuangannya berpuluh tahun ke arah demokrasi untuk semua rakyat Malaysia, satu kehilangan besar parti DAP," katanya.
Dr Chen merupakan Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan seterusnya dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.
Mendiang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang antara 1965 dan 1982 selain sebagai Ahli Parlimen Seremban Timor dari 1969 sehingga 1974 dan Seremban dari 1974 sehingga 1982 dan pada 1983 sehingga 1990.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan Dr Chen sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan perpaduan kaum.
Katanya mendiang seorang 'genuine' terhadap perjuangan dalam politik dan bertindak sebagai seorang pengimbang antara parti DAP dan kerajaan.
"Man Hin seorang pemimpin yang mementingkan kepelbagaian kaum serta antiperkauman," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai