'Dengan akta dana politik, tiada lagi longgokan wang di bilik bawah tanah'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tahap ketelusan akan meningkat selepas undang-undang baru untuk menyelia soal sumbangan politik dilaksanakan.
"Tak akan ada lagi longgokan wang tunai di bilik bawah tanah atau terowong apabila kita ada undang-undang berkenaan pendanaan politik," katanya seperti dipetik The Star.
Menurut Wan Junaidi, kerajaan sedang melihat untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) apabila Dewan Rakyat bersidang pada Oktober ini, dengan sasaran ia diluluskan dalam masa tiga minggu.
RUU itu sedang dirangka oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).
Ia masih di peringkat awal dengan beberapa cadangan sedang dipertimbang, termasuk agar dana persekutuan diberikan kepada parti politik.
Cadangan lain termasuk melarang syarikat berkaitan kerajaan daripada mendapatkan kontrak dan permit kerajaan serta mengharamkan kerajaan negara lain untuk membuat sumbangan politik.
Wan Junaidi menjangka undang-undang baru itu boleh berkuat kuasa seawal Disember ini namun pelaksanaannya mungkin mengambil sedikit masa.
Katanya, United Kingdom mengambil masa lima tahun untuk meluluskan undang-undang pendanaan politik dan lima tahun lagi untuk melaksanakannya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai