Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Seksyen sekat kebebasan’: Amira pertimbang fail semakan kehakiman

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Wanita yang mencetuskan kontoversi melalui persembahan komedi di ibu negara baru-baru ini mempertimbang untuk membuat semakan kehakiman berkaitan kesahan satu seksyen dalam Kanun Keseksaan.

Siti Nuramira Abdullah merujuk kepada Seksyen 298A berkaitan kesalahan mencetuskan perasaan tidak harmoni atas alasan agama. 

Seksyen itu dikenakan terhadapnya susulan kontroversi menanggalkan tudung, baju kurung dan kain selepas mendakwa menghafal 15 juzuk al-Quran, dalam persembahan Jun lalu.

Perkara itu dipertimbangkan selepas peruntukan itu didakwa mengekang kebebasan bersuara.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguamnya R Sivaraj mendedahkan perkara itu antara tindakan lanjut anak guamnya.

“...kami merasakan Seksyen 298A ini bercanggah dengan kebebasan asasi untuk bersuara dan menyatakan pandangan yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada 17 Julai lalu, Nuramira diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.

Tertuduh, 26, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di Restoran Crack House Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 4 Jun.

[Baca berita asal]