Skip to main
Logo Malaysiakini

Pekerja asing maut dalam pergaduhan di kebun sayur

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seorang pekerja warga asing maut selepas cedera parah akibat pergaduhan di sebuah kebun sayur di Lebu, Bentong awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong pada 5.40 pagi, kira-kira tiga jam selepas pergaduhan berlaku.

“Susulan kejadian, polis menahan seorang lagi pekerja kebun juga warganegara asing berusia 26 tahun di kebun tersebut bagi membantu siasatan.

“Selain itu, polis merampas sebilah pisau berukuran 12 inci yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman sehingga 23 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, punca pergaduhan belum dapat dipastikan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat.

- Bernama