PH janji sambung siasatan LCS, laksanakan strategi kertas putih pertahanan
Pakatan Harapan (PH) berjanji akan menyambung kembali siasatan ke atas saga kapal tempur pesisir (LCS) sekiranya ia kembali berkuasa.
Gabungan itu juga berikrar akan melaksanakan strategi yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 2020.
Dalam satu kenyataan bersama, ketua komunikasi tiga parti komponen PH berkata matlamat gabungan itu adalah untuk memastikan pasukan pertahanan Malaysia dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan terbaik untuk menjalankan tugas mereka.
Gabungan itu berkata PH telah membentangkan Kertas Putih dan memulakan siasatan terhadap LCS kerana adalah penting untuk menjaga keselamatan di kawasan lautan yang merupakan kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi dan hidrokarbon.
“Oleh itu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dalam keadaan siapsiaga sepanjang masa untuk mendepani ancaman maritim termasuk dari sudut kelengkapan dan keupayaan aset-asetnya.
“Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya iaitu warga TLDM sendiri di samping rakyat negara ini,” kata gabungan itu.
Perolehan enam kapal LCS telah menarik perhatian berikutan pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dua minggu lalu.
PAC membuat kesimpulan bahawa menteri pertahanan ketika itu Ahmad Zahid Hamidi meluluskan reka bentuk LCS yang berlainan seperti yang dihajatkan oleh tentera laut.
PAC juga menggariskan banyak masalah yang dihadapi oleh kontraktor yang dipilih oleh Zahid sehingga menyebabkan kelwatan projek itu.
Menurut menteri pertahanan semasa Hishammuddin Hussein, LCS pertama dijangka siap pada 2024 - lima tahun lewat daripada yang dijanjikan pada awalnya.
PH mempersalhakan Zahid yang melayan tentera secara 'take it or leave it' apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan, khususnya pemerolehan LCS.
“Yang dipentingkan (kepimpinan Umno) adalah mendapat projek untuk kroni mereka bukannya memenuhi keperluan tentera kita,” kata PH.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai