Skip to main
Logo Malaysiakini

Putera mahkota Jordan bertunang dengan wanita Arab Saudi

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Putera Mahkota Jordan Al Hussein Abdullah II bertunang dengan seorang rakyat Arab Saudi Rajwa Khaled Musaed.

Pertunangan itu diumumkan oleh Pejabat Diraja Bani Hashim di media sosialnya. 

Gambar-gambar acara dan bersama, termasuk acara menyarung cincin turut dikongsi dengan orang ramai.

Menurut laporan media, majlis itu berlangsung di rumah bapa Rajwa di Riyadh, Arab Saudi dan dihadiri oleh putera-putera diraja Jordan dan anggota keluarga al-Saif daripada pihak perempuan.

Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania juga turut hadir.

Siapa Rajwa?

Setakat ini tidak banyak maklumat berkaitan identiti Rajwa.

Bagaimapun, berdasarkan semakan Bazaar Arabia, wanita 28 tahun itu dilahirkan pada 28 April 1994 dan anak bongsi kepada ahli perniagaan Saudi Halid Musaed.

Rajwa mempunyai empat orang  anak beradik.

Dia menuntut di Kolej Seni Bina di Universiti Syracuse di New York, Amerika Syarikat selepas menamatkan pendidikan peringkat sekolah di Arab Saudi.