'Jangan hantar pulang pekerja Indonesia didakwa disebat cara tak sah'
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono (gambar, judul) merayu Kementerian Luar memastikan pekerja asing yang didakwa dihukum sebat secara tidak sah, Sabri Umar supaya kekal di Malaysia bagi membolehkan dia meneruskan kes buruh terhadap majikannya dan mendapatkan pampasan atas ketidakadilan yang dilakukan terhadapnya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Hermono berkata dia telah menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra hari ini dengan rayuan untuk memastikan Sabri tidak dikembalikan ke Indonesia kerana tempoh lanjutan terakhir terhadap pas khas imigresennya akan tamat pada 24 Ogos.
“Saya telah meminta kementerian itu untuk penyelesaian sementara menangani status imigresen Sabri, yang akan membolehkannya kekal di Malaysia bagi membuat tuntutan keadilan.
“Pas khasnya mungkin akan terbatal, jadi saya meminta jika pengecualian boleh dibuat untuk seorang lelaki yang menuntut keadilan sementara dia kekal di bawah perlindungan konsulat di Tawau.
“Kami melihat apa yang berlaku kepada Sabri sebagai salah laksana keadilan (miscarriage of justice) dan dia berhak mendapat pampasan atas kesakitan dan penderitaan yang ditanggungnya,” katanya.
Hermono berkata pemenjaraan yang menyalahi undang-undang terhadap Sabri berlaku dengan pantas.
'Dahlah kena penjara, disebat pula'
“Sabri menjadi mangsa pemenjaraan yang menyalahi undang-undang kerana dipenjara semasa mempunyai pas khas imigresen yang sah kepadanya.
“Sebatan terhadap Sabri adalah dua kali salah kerana dia tidak bersalah atas pertuduhannya dan terdapat rayuan yang belum selesai terhadap sabitan dan hukumannya ketika ia dijalankan.
“Dia dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan berhak untuk merayu hukuman itu pada bila-bila masa tetapi hukuman dera telah dijatuhkan hanya dua bulan semasa dia menjalani tempoh pemenjaraannya,” kata Hermono.
Sementara itu, pusingan kedua proses timbang tara antara Sabri dan majikannya berkenaan dengan tuntutan Sabri supaya diberikan semula jawatannya dalam Fu Yee Corporation yang difailkan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 akan berlangsung hari ini.
Sabri telah bekerja di Fu Yee, sebuah kilang papan lapis di Kalabakan, Tawau, sejak tujuh tahun lalu.
Semasa pusingan pertama timbang tara oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan (IRD), Fu Yee telah menolak untuk mengambil semula Sabri bekerja.
Menurut Sabri, berdasarkan undang-undang buruh, dia telah ditamatkan perkhidmatan secara salah pada 4 April tahun ini.
Hermono menjelaskan jika Sabri dan majikannya tidak dapat mencapai kata sepakat semasa timbang tara pada hari ini, kes itu boleh dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk penghakiman.
Dengan bantuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU), Sabri memfailkan kesnya dengan LHDN pada 8 April, empat hari selepas penamatan pekerjaannya.
Setakat ini, baru satu pusingan timbang tara yang telah berlangsung di IRD.
Dipecat pada April, dipenjarakan dan disebat, dibebaskan pada bulan Julai
April kena pecat, dipenjara, Julai bebas
Mengikut kronologi peristiwa berkaitan Sabri, majikannya telah membatalkan permit kerjanya yang baru diperbaharui pada 5 April lalu, sehari selepas penamatan kerjanya dan pas khas 30 hari dikeluarkan untuknya membuat persiapan untuk meninggalkan negara itu.
Sabri ditahan pada hari sama (5 April) mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak tetapi akhirnya didakwa mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.
Walaupun mempunyai pas khas imigresen yang sah dan memiliki masa 14 hari selepas dipecat, Sabri dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau oleh Mahkamah Sesyen Tawau kerana kesalahan masuk secara haram ke Malaysia.
Sabri kemudian dikenakan lima sebatan hanya dua bulan selepas dia menjalani hukuman penjara 11 bulan.
Ini walaupun Sabri telah memfailkan notis rayuan di mahkamah.
Sebulan selepas disebat, lelaki berusia 31 tahun dari Sulawesi Selatan itu dibebaskan daripada sabitan kesalahan dan hukuman tetapi menyatakan dia telah pun disebat.
Berikutan pembebasannya, Sabri memberitahu Malaysiakini bahawa dia akan mendapatkan keadilan walaupun dia takut ditangkap semula kerana dakwaan kesalahan seksual dan dia mungkin mendapati dirinya dipenjarakan dengan begitu cepat seperti sebelum ini.
Bekas majikan disenaraihitamkan
Sementara itu, Konsul Indonesia di pejabat Konsulat Jeneral Tawau, Heni Hamidah, memberitahu Malaysiakini bahawa Fu Yee telah disenaraihitamkan daripada mengambil pekerja asing Indonesia.
Difahamkan, Jabatan Imigresen enggan melanjutkan Pas Khas 14 hari Sabri kepada 30 hari.
Bagaimanapun, jabatan itu menawarkan penyelesaian untuk membenarkan Sabri masuk semula ke Malaysia berikutan penghantaran pulangnya, dan pas imigresen baru akan dikeluarkan.
Minggu lalu, ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Kebebasan Asas dan Hak Perlembagaan Charles Santiago menyoal jika Sabri ialah seorang pekerja tanpa izin, maka mengapa tiada tindakan diambil terhadap majikannya.
Kata Charles, ini kerana syarikat itu perlu bertanggungjawab di bawah Seksyen 55B Akta sama sebagaimana Sabri yang telah didakwa menurut undang-undang itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai