Skip to main
Logo Malaysiakini

'Kekuasaan kehakiman ditekan ke atas saya'

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan sistem kehakiman negara telah tidak berpihak kepadanya.

Dalam kenyataan berbahasa Inggeris yang dibacakan di kandang tertuduh, sebelum Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya, Najib mengeluh dia tidak diwakili oleh peguam setelah permohonannya untuk menangguhkan prosiding mahupun menamatkan khidmat peguamnya ditolak.

Menurut Najib, dia merasakan dirinya dianiaya dan tidak diberi peluang yang saksama untuk menjelaskan dirinya kepada mahkamah berhubung keputusannya berkaitan pasukan peguamnya.

"Sebagai tertuduh dan perayu di peringkat terakhir kes, ini perasaan paling teruk, untuk menyedari yang kekuasaan kehakiman ditekan ke atas saya dengan cara yang sangat tidak adil," katanya.

Dia sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mungkin tidak adil terhadapnya.

Baca kenyataan penuh Najib di bawah: