Skip to main
Logo Malaysiakini

Duta minta siasat dakwaan suasana kerja teruk di kilang Tawau

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono, menggesa Pejabat Tenaga Kerja Tawau menyiasat dakwaan berlaku amalan buruk di sebuah kilang papan lapis yang bandar tersebut.

Kilang berkenaan kini berdepan tuntutan undang-undang daripada seorang rakyat Indonesia yang mendakwa dia dipecat secara tidak adil selepas dijatuhi hukuman penjara dan sebat secara salah pada dua bulan lepas.

Hermono berkata menurut sumber di Tawau, pengurusan lemah kilang papan lapis terbabit mungkin menyebabkan syarikat itu menggaji pekerja tanpa izin, selain menyediakan perumahan daif, dan membayar gaji rendah serta tidak memadai.

Sementara itu, Sabri Umar, 31, yang dijatuhi hukuman penjara dan sebat secara salah akan menuntut pampasan atas ketidakadilan yang dialaminya.

Langkah pertamanya ketika ini ialah menunggu mahkamah menetapkan tarikh bagi mendengar kes pembuang kerja yang difailkan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Dia dibantu Kesatuan Pekerja Industri Balak (STIEU) bagi kes itu.

Konsul di Konsulat Indonesia di Tawau, Heni Hamidah, sebelum ini memberitahu Malaysiakini pihaknya akan memohon pas imigresen bagi membolehkan Sabri kekal di Malaysia bagi meneruskan prosiding mengenai isu dihadapinya di Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Peguamnya juga sudah memohon injunksi untuk menghalang penghantaran pulang Sabri.

Pada 22 Ogos lalu Hermono juga menghantar nota diplomatik kepada Kementerian Luar Negeri bagi rayuan untuk memastikan Sabri kekal di Malaysia.

Bagaimanapun, duta itu melahirkan kebimbangan bahawa kes Sabri mungkin mengakibatkan kesan negatif kepada pekerja asing yang lain di kilang terbabit.

[Baca berita penuh]