Mahasiswa bantah garis panduan sekat aktiviti politik di kampus
Kumpulan mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantah garis panduan baru yang digubal untuk menyekat aktiviti politik di kampus.
Menurut kandungan memorandum berkenaan, garis panduan yang digubal adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan politik pelajar.
"Peraturan-peraturan itu bercanggah dengan Undi 18, yang sering dilaungkan oleh kerajaan, dan Perlembagaan Persekutuan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), yang telah dipinda untuk memastikan kebebasan politik pelajar," kata memorandum itu.
Kumpulan itu mengingatkan kerajaan bahawa Seksyen 15(2)(c) Auku telah dimansuhkan, dan dengan itu garis panduan tersebut menjadi ultra vires atau tidak sah.
Dalam memorandum itu, mereka turut menegaskan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 masih melarang pelajar menyertai pertubuhan di luar kampus dan menunjukkan solidariti terhadap mana-mana persatuan, parti politik atau pertubuhan.
Justeru kumpulan itu menggesa KPT:
1. Menarik balik garis panduan yang digubal.
2. Memansuhkan Auku dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
3. Memastikan kebebasan pelajar untuk berpolitik.
Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany) Liau Pin Chun berkata memorandum itu diterima oleh Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi, Mohd Sharil Abdullah, yang berjanji untuk menyampaikan dokumen itu kepada Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad.
Menurut Liau, Mohd Sharil menjelaskan bahawa sesi town hall sebelum ini bertujuan mengumpulkan maklum balas daripada pihak berkepentingan sambil berjanji menyampaikan pendapat mereka kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka garis panduan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu membuat pendirian jelas supaya garis panduan itu ditarik balik dan bukannya dipinda.
"Kami meminta KPT menarik balik garis panduan itu daripada melengkapkannya. Pelajar universiti adalah orang dewasa, dan sebagai ahli masyarakat yang sah, kami harus mempunyai kebebasan berpolitik sama seperti orang lain.
"Kami tidak melihat alasan yang munasabah untuk menambah lebih banyak kekangan kepada kami hanya kerana kami adalah pelajar," katanya.
Liau menegaskan mereka akan mengadakan sidang media di luar parlimen untuk membawa isu itu sekiranya kementerian gagal menarik balik garis panduan berkenaan sebelum sidang parlimen pada penghujung Oktober akan datang.
Pada 15 Ogos lalu, kementerian mengadakan sesi town hall dengan kesatuan pelajar dan wakil universiti dan kolej untuk membincangkan garis panduan yang dicadangkan.
Garis panduan yang dirangka itu menyatakan bahawa kebenaran bertulis daripada universiti diperlukan jika pelajar ingin mengadakan aktiviti politik di kampus - sama ada dalam talian, bersemuka atau kedua-duanya.
Universiti mempunyai hak untuk menolak permohonan tersebut atau menarik balik kebenaran yang dikeluarkan jika aktiviti pelajar itu dianggap tidak sesuai.
Pelajar juga tidak dibenarkan menubuhkan mana-mana cawangan atau bahagian parti politik di kampus.
Memorandum ini ditandatangani oleh:
Umany
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (KPUIAM)
Demokrat UM
Angkatan Mahasiswa UM
Demokrat UKM
Malaysia Youths and Students Evolution (MYSE)
Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Suara Mahasiswa UMS
Mahasiswa Amanah Nasional
Mahasiswa Keadilan Malaysia
Idealis Mahasiswa UTHM
Secretariat of Political Science IIUM (POSSA)
Congress IIUM
TARANY
SRC UTAR Sungai Long Campus
Voice of Youtharian
Student Progressive Front UUM
New Students Movement Alliance of Malaysia (NESA)
New Era University College Student Union (NEUCSU)
Kolektif Sosialis Universiti Malaya (KSUM)
Mahasiswa Roket
The memorandum was signed by:
UMANY
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (KPUIAM)
Demokrat UM
Angkatan Mahasiswa UM
Demokrat UKM
Malaysia Youths and Students Evolution (MYSE)
Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Suara Mahasiswa UMS
Mahasiswa Amanah Nasional
Mahasiswa Keadilan Malaysia
Idealis Mahasiswa UTHM
Secretariat of Political Science IIUM (POSSA)
Congress IIUM
Tarany
SRC UTAR Sungai Long Campus
Voice of Youtharian
Student Progressive Front UUM
New Students Movement Alliance of Malaysia (NESA)
New Era University College Student Union (NEUCSU)
Kolektif Sosialis Universiti Malaya (KSUM)
Mahasiswa Roket
[Baca berita asal]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai