Skip to main
Logo Malaysiakini

Umno cabar Rafizi bongkar projek terowong Guan Eng

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya membongkar "projek terowong" bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun katanya dia yakin Rafizi tak akan berbuat demikian kerana Lim adalah kroninya.

"Walaupun Lim sudah didakwa, tetapi rakyat ingin tahu macam mana terowong itu ghaib. Projek kapal tempur pesisir (LCS) lewat kamu bising. Terowong ghaib kamu senyap.

"Penghantatan kapal pertama lewat dari tarikh asal pada April 2019. Kelewatan itu tambah parah kerana dibekukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Tetapi LCS tidak ghaib macam terowong.

"Mungkin terowong Lim ghaib kerana disorok oleh orang bunian laut. 'Trak Rafizi' sampai tak jumpa untuk melaluinya.

“Rafizi dan Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC) memang hipokrit," tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, sorang pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Rafizi.

Ini selepas Rafizi mendakwa Abdul Latiff mempunyai seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh yang terlibat dalam penyelewengan dana daripada projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, pegawai khas Abdul Latiff, Sayed Ahmad Mu'izzuddin Al-Sayed Mohamad berkata Rafizi tetap mengulangi dakwaannya meskipun menteri itu sudah memberi penjelasan.