Dr M dibenarkan keluar dari IJN
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.30 pagi ini.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 31 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, bekas perdana menteri itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa depan (6 Sept).
Mahathir, 97, adalah perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia dan pernah menyandang jawatan itu sebanyak dua kali.
Dia mula dilantik sebagai perdana menteri pada 1981 dan meletakkan meletak jawatan pada 2003.
Tempoh kedua Dr Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri berlangsung selama 22 bulan dari 2018 sehingga 2020.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai