Forensik Bukit Aman periksa rumah Zalina Azman
Pasukan forensik dari Bukit Aman hari ini memeriksa rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman bagi meneruskan siasatan kes kehilangan wanita itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata bagaimanapun hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.
"Pemeriksaan pada kira-kira 10 pagi tadi dilakukan bagi mencari jika terdapat bukti-bukti baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis menerima laporan mengenai kehilangan Zalina, 58, daripada anak lelakinya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
Polis percaya Zalina masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkannya yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai