Dipanggil polis lagi: Naib ketua AMK dakwa intimidasi
Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Atyrah Hanim mendakwa intimidasi selepas polis memanggilnya untuk memberi kenyataan kedua susulan laporan polis yang dibuatnya pada 29 Ogos lalu.
Atyrah (gambar, judul), yang telah membuat laporan polis berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS) RM9 bilion, telah dipanggil ke ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya pada 3 petang hari ini.
Dia tiba bersama peguam Lau Li Leong dan Sivamalar Genapathy, dan kemudian disoal siasat selama sejam.
Walaupun polis berkata soal siasat itu adalah prosedur biasa, kedua-dua peguam mendakwa ia satu bentuk ugutan terhadap Atyrah.
"Apa yang ada dalam laporan polis itu sudah tersedia dalam domain awam. Siasatan tidak sepatutnya mengambil masa yang lama," kata Lau.
Ini menyebabkan Atyrah menyoal jika penangguhan itu cubaan untuk melindungi individu tertentu.
"Adakah kerajaan melakukan ini untuk melindungi individu tertentu? Kami merasakan ia satu bentuk intimidasi" dakwa Atyrah.
Pemimpin PKR itu seterusnya mendakwa polis menunjukkan mereka menyoal dirinya dan bukannya butiran laporannya, sambil menambah kes itu telah dipindahkan ke Bukit Aman.
Pada 29 Ogos, Atyrah membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad berhubung dakwaan dia mempunyai kaitan dengan projek LCS.
Dia memetik laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PAC) dan laporan audit forensik yang didedahkan dalam laporan polisnya.
Dalam beberapa siri pendedahan, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menuduh Latiff dan ahli keluarganya didakwa mendapat manfaat daripada projek LCS bernilai RM9 bilion dan kontrak pertahanan lain ketika dia menjadi timbalan menteri pertahanan semasa pentadbiran BN.
Bekas ahli parlimen Pandan itu juga menegaskan Latiff mempunyai seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh, yang dituduh terkait dalam penyelewengan dana daripada projek LCS.
Latiff nafi dakwaan
Laporan ditukar status kepada deklasifikasi yang dilihat oleh Malaysiakini mengaitkan seseorang bernama Zainab dan menyebut Latiff merupakan suaminya.
Audit forensik telah diarahkan oleh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dan dikendalikan oleh Alliance IFA (M) Sdn Bhd.
Ia laporan kedua daripada dua laporan audit yang diarahkan oleh kabinet untuk didedahkan pada 10 Ogos.
Latiff sejak itu menafikan dakwaan itu, berkata dia tidak mempunyai peranan dalam projek LCS dan tidak mempunyai hubungan perkahwinan dengan sesiapa yang bernama Zainab.
Rafizi kemudiannya dipanggil untuk disoal siasat polis berhubung perkara ini hujung minggu lalu, dan telefonnya dirampas.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai