Skip to main
Logo Malaysiakini

Najib bertanggungjawab atas semua transaksi akaunnya - Pengurus Bank

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seorang pengurus cawangan bank memberi keterangan bahawa Najib Razak memberi kuasa kepada pemegang mandat, Nik Faisal Ariff Kamil untuk membuat pindahan jutaan ringgit antara 2011 dan 2013.

R Uma Devi, yang menguruskan cawangan AmBank di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ini sama seperti bekas perdana menteri itu bertanggungjawab ke atas semua urus niaga itu seolah-olah dia melakukannya sendiri.

Saksi pendakwaan ke-37 itu memberi keterangan semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion hari ini terhadap Najib yang juga adalah bekas menteri kewangan.

Semasa pemeriksaan oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, Uma Devi berkata Najib mengeluarkan surat kepada bank perdagangan itu untuk memaklumkan bahawa Nik Faisal dilantik sebagai kakitangan yang diberi kuasa untuk akaun yang berakhir dengan nombor 694, 481, 880, 898, dan 906 .

Antara surat ini ialah, satu yang bertarikh 26 Ogos 2013 oleh Najib yang dialamatkan kepada pengurus cawangan bank (sebelum Uma Devi) ketika itu yang memaklumkan Nik Faisal telah dilantik sebagai kakitangan yang diberi kuasa untuk akaun AmPrivate Banking-1MY (880), AmPrivate Banking Banking-Y1MY (898), dan Amprivate Banking-MY (906).

"Surat ini (26 Ogos 2013) juga mengesahkan bahawa Najib Razak bertanggungjawab atas semua transaksi seolah-olah ia dikeluarkan oleh dirinya sendiri," kata Uma Devi kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.

[Baca berita penuh]