Skip to main
Logo Malaysiakini

MP: Adakah laluan Melaka-Dumai akan jadi satu lagi projek 'gajah putih'?

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kerajaan negeri Melaka digesa berhenti membuat pengumuman yang tidak konsisten dan tidak lengkap mengenai rancangan untuk menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera, Indonesia melalui Melaka dengan Dumai.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong berkata kerajaan negeri mengumumkan pada Mac mengenai rancangannya untuk membina rangkaian landasan bawah laut sepanjang 47km.

Semalam, exco kanan pelaburan, perindustrian, pembangunan usahawan dan koperasi negeri Ab Rauf Yusoh mengumumkan laluan yang dirancang dibina adalah dalam bentuk terowong atau jambatan sepanjang 120km sebagai gantinya.

Ab Rauf Yusoh

Rauf mendakwa kedua-dua negara telah bersetuju dengan projek itu pada dasarnya dan agensi kerajaan Malaysia yang berkaitan telah dibawa ke Teluk Gong untuk melihat kawasan yang akan dibina jajaran baru itu.

"Rauf dan kerajaan negeri harus berhenti membuat pengumuman ad-hoc, tidak konsisten dan tidak lengkap mengenai projek itu. Pengumuman yang samar-samar itu adalah sangat tidak bertanggungjawab.

“Ia menimbulkan keraguan dan kekeliruan di kalangan orang ramai dan pelabur, serta mencemarkan kredibiliti kerajaan negeri,” kata Khoo.

Menurutnya, pertama pertama yang perlu dilakukan adalah menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan projek analisis kos-faedah, serta mendedahkannya jika ada, untuk membuktikan daya maju projek itu.

“Orang ramai dan pelabur memberi reaksi sinis terhadap pengumuman projek ini.

"Jangan kita lupa bahawa Melaka mempunyai banyak projek gajah putih dan terbengkalai, seperti monorel, pulau tebus guna Pulau Melaka dan pusat beli-belah yang tidak diperlukan," katanya.

Memetik artikel oleh Ade Maman Suherman dari Universiti General Soedirman dan Universiti Sains Islam Malaysia Mohd Hazmi Mohd Rusli, tahun lalu,, Khoo berkata kedua-dua pakar itu telah memberi amaran bahawa projek berkenaan akan memusnahkan alam sekitar dan membahayakan pelayaran di Selat Melaka.

[Baca berita penuh]