Skip to main
Logo Malaysiakini

PH kena pragmatik dalam isu logo, kata DAP

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

DAP mengingatkan rakan gabungan mereka bahawa penggunaan reka bentuk baru logo tidak pragmatik dalam pilihan raya umum (PRU) yang boleh diadakan pada bila-bila masa saja.

Setiausaha agungnya Anthony Loke berkata lebih penting buat Pakatan Harapan (PH) mempamerkan dasar, arah tuju dan kepimpinan yang jelas.

Katanya, pertukaran logo ialah keputusan yang besar kerana permohonan perlu dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Isi lebih penting daripada bentuk,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabat portal ini di Petaling Jaya, semalam.

Loke dan pemimpin DAP lain yang hadir dalam kunjungan ke pejabat Malaysiakini

Dia bagaimanapun berkata menghormati idea dan pertimbangan rakan gabungan mereka.

Majlis Presiden PH pada 25 Ogos lalu mengumumkan akan bertanding menggunakan satu logo pada PRU ke-15. 

Bagaimanapun, satu reka bentuk baru logo akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baru.

Sementara itu, Loke berpendapat logo sekarang masih boleh digunakan.

Malah, ia telah diguna pakai dalam pelbagai pilihan raya kecil serta pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

Katanya, dengan logo sekarang mereka menang kali pertama dalam pilihan raya kecil Balakong, menang 10 kerusi di Johor dan empat di Melaka.

[Baca berita asal]