Skip to main
Logo Malaysiakini

KJ: Saya cakap benar - Mat Hasan minta beri laluan di Rembau

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempertahankan dakwaannya bahawa Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meminta dia memberi laluan dan tidak bertanding semula di kerusi Rembau pada PRU15.

Menteri kesihatan berkata demikian selepas ditanya pemberita berhubung kenyataan Mohamad semalam yang menafikan dia menyebut kerusi parlimen yang bakal ditandingi.

“Saya tak mahu bercakap perkara ini secara terbuka lagi (kerana) saya telah nyatakan apa yang saya perlu katakan dan apa yang saya cakap adalah benar.

“Saya tak perlu buktikannya tapi biar saya selesaikannya secara tertutup,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Semalam, Mohamad memaklumkan dia belum membuat keputusan berhubung kerusi parlimen mana yang mahu ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, sebagai timbalan presiden Umno, dia berhak memilih bertanding di mana-mana kawasan parlimen, dan tidak semestinya di Rembau, seperti yang diuar-uarkan.

Pada 4 Sept lepas, Khairy dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU15 bagi memberikan laluan kepada Mohamad yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Oleh kerana beliau (Mohamad) adalah ketua Umno Bahagian Rembau dan saya timbalan kepada beliau.

"Jadi beliau telah minta saya cari tempat lain la sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau," kata bekas ketua Pemuda Umno itu menjelaskan dia "tiada halangan."