Skip to main
Logo Malaysiakini

Siasat suami Zeti: Polis mohon bantuan MLA dari Singapura

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan bawah Bantuan Perundangan Bersama (MLA) kepada pihak berkuasa Singapura berhubung siasatan terhadap suami bekas gabenor Bank Negara, Tawfiq Ayman yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata proses MLA diperlukan agar dokumen dan keterangan yang diperoleh dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, boleh diterima di mahkamah.

"Pasukan penyiasat telah pun mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan,” katanya.

"Bagaimanapun, untuk memastikan dokumen dan keterangan tersebut boleh diterima di mahkamah Malaysia, ia perlu melalui proses mutual legal assistance yang dikendalikan oleh Pejabat Peguam Negara.”

Acryl Sani Abdullah Sani

Acryl Sani mendedahkan permohonan MLA melalui Jabatan Peguam Negara itu dibuat pada April lalu.

Tawfiq disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Suami  Zeti Akhtar Aziz itu didakwa menerima dana yang dikaitkan dengan 1MBD dalam akaun miliknya di Singapura.