Skip to main
Logo Malaysiakini

Dr M: Ratu Elizabeth II contoh raja berperlembagaan baik

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata kemangkatan baginda bukan sahaja satu kehilangan kepada Britain, malah kepada mereka yang percaya kepada kedaulatan undang-undang.

“Saya berasa sedih dengan kemangkatan baginda. Baru dua hari sebelum itu baginda berkenan menerima menghadap perdana menteri United Kingdom yang baru…” katanya dalam perkongsian di akaun media sosialnya hari ini.

Istana Buckingham pada 8 Sept mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth pada usia 96 tahun.

Dr Mahathir turut berkongsi pengalamannya bertemu baginda dalam banyak acara, terutama ketika mesyuarat Komanwel.

Menurut Mahathir, sepanjang dia menjadi perdana menteri, Ratu Elizabeth melawat Malaysia sebanyak dua kali iaitu ketika Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel dan pada Sukan Komanwel.

Katanya baginda juga seorang yang berkeperibadian tinggi.

“Saya tidak menjangkakannya (kemangkatan baginda), baginda hanya setahun lebih muda daripada saya,” katanya.

-Bernama