Skip to main
Logo Malaysiakini

Tahanan kes dadah mati ketika terima rawatan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seorang lelaki warga emas yang ditahan berhubung kes dadah di Jalan Carey di Ipoh pada Sabtu lepas, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke Mahkamah Majistret di Ipoh untuk dituduh pada kira-kira 9.02 pagi.

"Pihak polis telah menghubungi pihak hospital dan orang kena tahan (OKT) berkenaan dihantar ke HRPB oleh ambulans untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di Ipoh, semalam.

Beliau berkata OKT kemudian disahkan meninggal dunia setelah rawatan kecemasan diberikan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi.

Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

"Bedah siasat akan dibuat esok bagi mengetahui punca kematian," katanya.

- Bernama