Skip to main
Logo Malaysiakini

MP minta AG jelaskan kes bekas editor The Edge dituduh jenayah fitnah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng meminta penjelasan kes seorang bekas ketua pengarang The Edge yang menghadapi tuduhan kesalahan jenayah fitnah berhubung dua laporan berita yang diterbitkannya.

Lim menyoal mengapa ahli perniagaan yang didakwa difitnah dan syarikat yang difitnah itu tidak dibenarkan mendapatkan penyelesaian di mahkamah sivil.

Selanjutnya, dia menyatakan bahawa Peguam Negara (AG) mempunyai prerogatif untuk memulakan atau menghentikan sebarang prosiding.

“Sebanyak mana kami mengakui bahawa Peguam Negara mempunyai prerogatif untuk menggunakan budi bicaranya, untuk memulakan atau menghentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain daripada prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera, (namun) dia bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada orang ramai tentang keputusannya menggunakan (pertuduhan) fitnah jenayah dengan wang pembayar cukai sedangkan pihak terbabit adalah reputasi tokoh korporat dan syarikat senaraian awam.

“Bergerak ke hadapan, AG juga harus menjelaskan, adakah ini bermakna mana-mana individu dan entiti komersial yang difitnah sekarang boleh membuat laporan polis dan mengharapkan tindakan fitnah jenayah oleh AG,” tanya Lim.

Semalam, bekas ketua pengarang penerbitan The Edge Ahmad Azam Mohd Aris didakwa mengikut Kanun Keseksaan di dua Mahkamah Majistret berasingan di Petaling Jaya berhubung dua laporan berita yang diterbitkan mengenai lonjakan saham penny stock pada 2020.

Azam didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah memfitnah dan seorang pengarang semasa M Shanmugam juga dinamakan dalam salah satu pertuduhan itu.

Seksyen 500 membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Azam mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan jenayah memfitnah.

Menurut salinan kertas pertuduhan, Azam dan Shanmugam telah didakwa memfitnah Kua Khai Shyuan, DGB Asia Bhd, Trive Property Group Bhd, Metronic Global Bhd dan MNC Wireless Bhd dalam laporan portal itu.

[Baca berita asal]