204 mangsa banjir kilat di Batu Pahat masih di PPS
Seramai 204 mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading, dekat sini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading setakat pukul 8 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, jumlah berkenaan membabitkan sebanyak 57 keluarga yang terlibat dalam bencana berkenaan.
JPBD memaklumkan PPS yang mula dibuka pada 1 tengah hari semalam itu, melibatkan mangsa dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.
Semalam, hujan lebat turun tanpa henti di daerah itu yang bermula pukul 1.30 pagi hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan fenomena air pasang, mengakibatkan kawasan terlibat dinaiki air.
Selain itu, beberapa kemudahan di kawasan itu turut terjejas seperti Klinik Kesihatan Sri Gading dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai