Skip to main
Logo Malaysiakini

Mesyuarat MT Umno bincang PRU15 tunda ke 30 Sept

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan pada Sabtu ini telah ditangguhkan ke 30 Sept (Jumaat).

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata mesyuarat pada hujung bulan ini, pada Jumaat (30 Sept) akan menjadi mesyuarat penuh majlis tertinggi.

"Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) terlibat dengan perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di UKM Bangi pada malam itu," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Ahmad juga menjemput pimpinan Umno hadir majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Malaysia pada Sabtu 17 Sept 2022 di Stadium Titiwangsa KL.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno berkata pada 14 Sept bahawa mesyuarat lima pemimpin tertinggi Umno yang ditetapkan pada Sabtu ini telah ditangguhkan.

Bagaimanapun, ketika itu dia berkata tidak tahu sebab penangguhan berkenaan dan tarikh mesyuarat seterusnya akan diadakan.

Pertemuan antara lima pemimpin tertinggi Umno itu dijangka membincangkan tarikh pilihan raya umum ke-15.