Tanah runtuh: 20 pelombong emas tertimbus di Kalimantan Barat
GLOBAL | Seramai 20 pelombong tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat pada Sabtu.
Kejadian berlaku di kampung Kinande daerah Bengkayang pada Khamis, namun anggota penyelamat hanya dimaklumkan mengenai insiden itu pada Jumaat, kata Eryk Subaryanto.
"Kami menerima maklumat pada Jumaat dan segera menghantar anggota kami ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.
Beliau berkata operasi menyelamat mengalami kesukaran susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, lokasi lombong yang jauh dan kekurangan kemudahan komunikasi.
Misi mencari dan menyelamat melibatkan tentera, kakitangan agensi pengurusan bencana dan mitigasi tempatan serta penduduk kampung, katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai