SPRM tahan pengarah universiti awam terima suapan kereta
Seorang pengarah bahagian pengurusan fasiliti sebuah universiti awam di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini atas dakwaan menerima suapan.
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.
"Lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.
"Dia ditangkap bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," menurutnya dalam satu kenyataan di Melaka.
Beliau berkata permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai