Skip to main
Logo Malaysiakini

Banjir di Batu Pahat semakin pulih, jumlah mangsa berkurang

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat, Johor berkurang kepada 50 orang malam ini, berbanding 131 orang yang direkodkan pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 malam, 13 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, yang dibuka sejak Rabu lepas.

Kesemua mangsa melibatkan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Banjir berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang.

- Bernama