Tak sesuai PRU ketika musim tengkujuh - Khairy
Mengadakan pilihan raya umum (PRU) semasa musim tengkujuh tidak sesuai, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bercakap pada sesi temu bual khas awal hari ini, Khairy menyenaraikan tiga sebab utama mengapa negara tidak sepatutnya mengadakan pilihan raya ketika terdapat risiko banjir.
"Lazimnya kita elak piliahan raya waktu banjir. Ini ambil kira faktor keselamatan, tenaga kerja dan kesihatan.
"Sebab utamanya dari segi waktu kerja, banyak tenaga kerja diperlukan untuk waktu musim banjir ini dikerahkan untuk jaga pusat-pusat pemindahan sementara, jaga keselamatan rakyat, untuk evacuation (pemindahan).
"Kedua, dari segi kemudahan, banyak kemudahan pusat pemindaahan sementara adalah di sekolah yang juga jadi pusat mengundi.
"Ketiga, apabila banjir, peningkatan penyakit berjangkit, waterborn disease (penyakit berjangkit melalui air) akan meningkat. Itu memerlukan rawtaan daripada KKM. Tak termasuk kecederaan, demam dan selsema," katanya.
Khairy berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan mengenai pandangan KKM berhubung gesaan mengadakan PRU ke-15 sebelum akhir tahun ini, yang mungkin bertindih dengan musim tengkujuh.
Pada 17 September lalu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata gabungan itu bersedia untuk mengharungi banjir jika PRU ke-15 diadakan pada musim tengkujuh.
Ini menyebabkan Zahid dikecam hebat oleh ramai pihak termasuk pembangkang yang menentang idea mengadakan pilihan raya semasa banjir.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai