Skip to main
Logo Malaysiakini

194 mangsa banjir ditempatkan di empat PPS di Johor

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seramai 194 mangsa banjir daripada 59 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini setakat 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataannya memaklumkan dua daerah yang terbabit adalah Batu Pahat dan Pontian.

"Dua PPS di Batu Pahat adalah Sekolah Agama Seri Bengkal dan Sekolah Kebangsaan Bintang Peserai, manakala dua lagi PPS di daerah Pontian adalah Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong," menurut kenyataan itu.

JPBD memaklumkan sembilan kawasan di daerah terlibat dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pada 6.30 pagi semalam.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai di Batu Pahat dan Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas; Kampung Parit Sapran; Kampung Parit Haji Omar; Jln Mohsin, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj; Parit Lapis, Kayu Ara Pasong serta Kampung Parit Abdul Rahman di Pontian.

- Bernama