Skip to main
Logo Malaysiakini

Ulama Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada Isnin pada usia 97 tahun, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya.

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) yang berpangkalan di Doha turut mengesahkan mengenai berita sedih pemergian ulama itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

Qaradawi, ulama kelahiran Mesir yang berpangkalan di Qatar, ialah pengasas IUMS.

-Bernama