Skip to main
Logo Malaysiakini

GLC Selangor terbabit dalam 27 kuari baru di Hutan Bukit Lagong

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Antara beberapa kawasan hijau yang masih kekal di Lembah Klang adalah Hutan Simpan Bukit Lagong, yang terletak di barat laut Kuala Lumpur.

Perjalanan dari pusat bandar untuk ke sempadan timur laut hutan itu di Templer Park mengambil masa kira-kira setengah jam manakala untuk sampai di tenggaranya pula adalah di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Kedua-dua kawasan itu merupakan tempat hiking yang popular.

Daripada imej satelit Google, Bukit Lagong kelihatan seperti logo Apple yang telah digigit - bahagian baratnya telah ditebang, dan Kampung Orang Asli Hulu Kuang terletak di kawasan yang terdedah.

Projek Pendedahan Rimba (RDP) baru-baru ini mendedahkan bahawa "epal hijau" itu akan menyaksikan “lebih banyak gigitan” kerana tanah hutan tambahan, seluas 887 hektar atau 1,657 padang bola, akan ditebang untuk memberi laluan kepada kuari.

GLC Selangor terbabit

RDP, badan pemerhati yang mengumpul dan menjejaki penebangan hutan di seluruh negara, mendedahkan bahawa tanah hutan simpanan di Rawang dan Sungai Buloh dijual secara dalam talian.

Siasatan lanjut Malaysiakini mendedahkan tiga pemaju berkenaan mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri Selangor.

Dua daripadanya adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik penuh kerajaan negeri - Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), kedua-duanya dipengerusikan oleh Menteri Besar Amirudin Shari.

Pemaju ketiga dimiliki oleh Koperasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Berhad. Menurut laman webnya, keanggotaannya terbuka kepada kakitangan semasa atau pesara Jabatan Perhutanan Selangor.

RDP mendapati tanah Hutan Simpanan Bukit Lagong dijual pada harga RM150,000 seekar di laman web EdgeProp.

Secara keseluruhan, sejumlah 40.468 hektar hutan simpanan sedang dijual di laman web untuk tujuan kuari.

Peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Selangor dilampirkan pada penyenaraian jualan, dan ia menunjukkan bahawa 27 plot atau petak Bukit Lagong akan dibangunkan sebagai kuari.

Pengarah Jabatan Hutan Selangor Mohd Ridzuwan Endot telah menandatangani pelan pembangunan kuari berkenaan.

[Baca berita penuh]