Bayi perempuan ditinggalkan di kedai makan
Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam sebuah beg di kawasan kedai makan di Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemukan orang awam pada 10.49 pagi sebelum menghubungi talian Mers999.
Menurutnya pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat pemeriksaan mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat.
"Siasatan lanjut sedang dibuat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai